..aku bergambar di pintu masuk Legoland.. |
..jalan ke pintu masuk.. |
Seperti apa yang dirancangkan, hari dan waktu untuk ke Trip Legoland telah pun tiba, 15 Disember 2012. Kami semua berkumpul di tempat kerja tepat jam 9:30 pagi. Kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi dan tiba di sana lebih kurang 45 minit kemudian. Perjalanan agak lancar dengan keadaan cuaca yang menarik pada hari tu memudahkan kami semua tiba di lokasi seperti yang dirancangkan.
Setiba di Legoland, kami kesemuanya turun dan berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke pintu masuk Legoland. Setiba di pintu masuk...kesemua pekerja mula bergambar dan melihat kawasan sekitar..Kami semua mula berpecah dan hilang mengikut hala tuju masing2...Tinggalkan aku dengan seorang rakan...Kami terus jalan berdua...yang lain ntah hilang ke mana tak tau...
Legoland merupakan taman tema untuk keluarga untuk bercuti dan meluangkan masa bersama anak2 untuk bermain dan melupakan masalah kerja...!! Legoland memiliki 7 taman tema dan lebih dari 40 permainan interaktif dengan keluasan lebih kurang 76 ekar. Sewaktu tiba, pengunjung telah pun ramai dan berpusu2 ke pintu masuk. Maklumla...hujung minggu...ramai yang membawa keluarga dan anak2 berjalan2...
Di pintu masuk, terdapat MiniMart. Disini anda boleh membeli bekalan seperti air dan makanan ringan untuk bekalan perjalanan anda nanti. Di situ juga terdapat Big Shop, di mana anda juga boleh memiliki koleksi barangan lego untuk dibawa pulang sebagai kenangan ataupun hadiah.
..the shipyard.. |
..legoland express yang memberi pandangan setiap taman.. |
Di Legoland Express anda boleh menaiki sebuah keretapi yang dibina dan dibentuk khas menyerupai blok2 lego. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit, memberikan anda preview terbaik ke seluruh Legoland ini. Sambil makan atau minum di atas keretapi, anda boleh mengambil gambar di setiap taman tema di Legoland. Tetapi apa yang kurang di sini ialah, semasa keretapi ini melintas aku tak dengar bunyi siren amaran seperti yang biasa kita dengar ketika keretapi melintas di jalan raya. Dan satu lagi, tiada palang untuk menghalang orang ramai dari terus melintas ketika keretapi ini sedang lalu. Diharapkan pihak Legoland akan memperbaiki kekurangan ini di masa akan datang. Bukan apa, kita sedia maklum bahawa taman ini dibina khas untuk kanak2 bermain. Sedangkan kanak2 kan suka berlari...mana la tau kan...kot2 nanti ada pulak yang terlanggar keretapi...bukan dilanggar keretapi...heh..heh...
..sape nak naik kapal trobang..??!! |
Satu lagi permainan yang juga menarik adalah anda boleh merasa seperti ahli Bomba atau penyelamat di Rescue Academy. Permainan ini memerlukan kerjasama daripada kesemua ahlinya untuk memadamkan api. Anda perlu menolak, menarik dan menuil untuk menggerakkan kereta penyelamat dan seterusnya memadamkan api di bangunan dengan mengepam air. Salah satu permainan yang agak memerlukan banyak tenaga tetapi menyeronokkan..!! Tapi tak ramai yang main permainan nie...tak tau la kenapa...Tapi pada fikiran aku..diorang mungkin xnak cepat penat atau memang tak suka nak keluar tenaga lebih...
..bebaris panjang memenatkan... |
Perjalanan di teruskan ke salah satu Taman Tema, iaitu Land of Adventure, sebuah taman tema yang berlanskapkan Mesir. Terdapat sebuah bangunan Lost Of Kingdom, dimana anda boleh merasakan pengalaman di Mesir mencari harta karun dengan panahan laser. Untuk bermain di dalam Lost Kingdom Adventure nie...anda mungkin kecewa sedikit disebabkan anda perlu beratur di dalam barisan yang agak panjang dan memenatkan...
Berjalan ke hadapan sikit, terdapat Pharaoh's Revenge, sebuah permainan kanak2 yang memerlukan tenaga menjadi salah sebuah kaum di Mesir. Permainan ni pun agak kurang yang mencuba. Permainan di dalam sangkar atau kedudukan yang agak sedikit ke dalam, mungkin menjadi punca ia agak kurang terserlah dan tidak kelihatan oleh pengunjung. Di depan Pharaoh's Revenge, terdapat Beetle Bounce, sebuah permainan kanak2 yang melambung kanak2 setinggi 15 kaki dari tanah. Memang menyeronokkan..!! Ramai jugak kanak2 yang menjerit2 ketika menaiki beetle bounce nie...yer la..gayat agaknya kene lambung2..Untuk bermain permainan nie...setiap kanak2 dikehendaki mengukur ketinggian sebelum memasuki kawasan nie...Masa aku lalu kat sini...nampak la seorang bapa budak lalu kat situ...mungkin teringin nak main agaknya...dia pun nak masuk..tapi kakitangan Legoland tak membenarkan sebab telah melebihi ketinggian...lalu dia pun membongkokkan badan seperti kanak2...tegelak aku dibuatnya...Lepas tu..dengan muka merah dia terus pergi mungkin sebab perasan aku gelakkan dia...lawak betul la...
..cantik betol kaler dinosour nie..comel lak tu... |
Jika anda membawa anak kecil dan mula merengek keletihan atau kelaparan, anda boleh berhenti berehat di Baby Care. Salah sebuah tempat istirehat bagi ibu2 untuk menyusukan anak dan menukar pakaian mereka yang telah basah dek peluh.
..tinggi gak observation tower nie.. |
..mercu tanda build and test.. |
Anda akan melalui sebuah taman tema Imagination yang menempatkan sebuah pusat untuk menguji minda kanak2 di Build And Test. Di sini, kanak2 boleh membina pelbagai jenis kenderaan menggunakan lego dan mengujinya. Permainan yang membantu kanak2 berfikir secara kreatif...!! Setelah itu, anda juga boleh menyaksikan seluruh pemadangan Legoland dari aras setinggi 50 meter dengan menaiki Observation Tower.
Di Kids Power Tower juga, memberikan peluang kanak2 untuk menyaksikan pemandangan taman. Berbeza dengan Observation Tower, pemandangan adalah bergantung kepada sejauh mana ketinggian anda boleh menarik tali untuk naik ke atas. Jika anda cepat keletihan dan tak berdaya untuk naik lebih tinggi, maka pemandangan anda hanya terbatas di sekitar kawasan berhampiran sahaja. Apa yang dapat aku kaji di sini ialah permainan memberikan satu motivasi diri. Jika kita hendak kan sesuatu yang jauh lebih besar atau tinggi ganjarannya, maka kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Seperti di sini, jika anda ingin melihat pemandangan yang lebih jauh dan luas, maka anda perlu berusaha memerah tenaga untuk naik ke atas setinggi2 nya untuk melihat seluruh pemandangan di sini.
..trek the dragon yang mampu menggugat keutuhan jiwa anda.. |
Acara permainan yang menjadi kemuncak di Kingdom Lego bagi saya ialah The Dragon..!! The Dragon merupakan permainan menaiki roller coaster. Perjalanan perlahan2 melalui City Stage dan seterusnya keluar melalui rel yang dibina dan terus memecut laju secara tiba2 pastinya memeranjatkan anda..!! Dengan ketinggian trek yang agak menyeramkan dan selekoh2 tajam yang agak mengerikan mampu menggugat keutuhan jiwa anda. Anda pasti teruja menaiki roller coaster ini..!! Saya menggalakkan anda mencubanya jika anda ke sana nanti. Di The Dragon terdapat 2 buah roller coaster yang bergerak secara bergilir2 iaitu sebuah roller coaster akan keluar dan sebuah lagi akan masuk. Namun begitu, disediakan juga Dragon's Apprentice yang saiznya agak lebih kecil dengan kelajuan yang agak sederhana berbanding The Dragon, amat sesuai untuk kanak2 yang berumur dan bersaiz badan yang agak kecil.
A Forestmen's Hideout memberi peluang anda bermain sembunyi2 dengan binaan pokok2 dan bangunan yang menarik dan cantik. Mempunyai pelbagai peringkat permainan yang disediakan di sini.
..tgk muka diorang naik ProjectX.. |
Keseronokan bermain air sambil merasakan percikan bom air boleh dirasai di Aquazone Wave Racer. Anda akan menaiki sebuah bot yang berpusing sambil diletupkan dengan percikan air.
Technic Twister pula akan memberi anda peluang untuk berpusing seperti gasing. Permainan pusingan roda membuatkan pemanduan anda menjadi gila2..!!
..miniland dengan binaan yang mengkagumkan.. |
No comments:
Post a Comment