Sunday, December 16, 2012

Trip LEGOLAND, Malaysia 2012

..aku bergambar di pintu masuk Legoland..
..jalan ke pintu masuk..
  Trip Legoland, Malaysia 2012!! Yess..!! Itulah trip yang tak disangka2 telah dianjurkan oleh syarikat aku untuk tahun nie..Sungguh bertuah, kerana MD aku telah meluluskan untuk ke Trip LEGOLAND nie. Terima kasih MR. MD...!! Perancangan ni telah dibuat seawal lebih kurang sebulan yang lalu. Pada awal perancangan..nampak macam tak kesampaian, memandangkan beberapa perkara, termasuk kos perbelanjaan yang agak tinggi. Bayangkan, seorang dikenakan caj tiket sebanyak RM99..!! Tapi ia tetap menjadi kanyataan, kerana kesemua pekerja seramai lebih kurang 131 orang telah pun diberitahu tentang Trip Legoland, Malaysia..!!

  Seperti apa yang dirancangkan, hari dan waktu untuk ke Trip Legoland telah pun tiba, 15 Disember 2012. Kami semua berkumpul di tempat kerja tepat jam 9:30 pagi. Kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi dan tiba di sana lebih kurang 45 minit kemudian. Perjalanan agak lancar dengan keadaan cuaca yang menarik pada hari tu memudahkan kami semua tiba di lokasi seperti yang dirancangkan.

  Setiba di Legoland, kami kesemuanya turun dan berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke pintu masuk Legoland. Setiba di pintu masuk...kesemua pekerja mula bergambar dan melihat kawasan sekitar..Kami semua mula berpecah dan hilang mengikut hala tuju masing2...Tinggalkan aku dengan seorang rakan...Kami terus jalan berdua...yang lain ntah hilang ke mana tak tau...

  Legoland merupakan taman tema untuk keluarga untuk bercuti dan meluangkan masa bersama anak2 untuk bermain dan melupakan masalah kerja...!! Legoland memiliki 7 taman tema dan lebih dari 40 permainan interaktif dengan keluasan lebih kurang 76 ekar. Sewaktu tiba, pengunjung telah pun ramai dan berpusu2 ke pintu masuk. Maklumla...hujung minggu...ramai yang membawa keluarga dan anak2 berjalan2...
..ni la driving school Legoland..

  Di pintu masuk, terdapat MiniMart. Disini anda boleh membeli bekalan seperti air dan makanan ringan untuk bekalan perjalanan anda nanti. Di situ juga terdapat Big Shop, di mana anda juga boleh memiliki koleksi barangan lego untuk dibawa pulang sebagai kenangan ataupun hadiah.

..the shipyard..
  Perjalanan pertama aku mulakan dengan taman tema Lego City. Di Lego City, terdapat Drving School untuk kanak2 dan juga orang dewasa menguji kemahiran pemanduan mereka dan juga mendapatkan lesen memandu mereka sendiri. Bersetentang dengan itu, terdapat Boating School, dimana anda boleh belajar cara2 memandu sebuah bot dan merasa bagaimana menjadi seorang kapten kapal mengemudikan botnya.

..legoland express yang memberi pandangan setiap taman..
  Seterusnya, anda akan melalui Market Restaurant untuk menuju ke Legoland Exspress. Sebelum ke Legoland Express, anda akan melalui The Shipyard terlebih dahulu. Di The Shipyard, anda boleh melakukan aktiviti memanjat dan merangkak di dalam sebuah kapal.

  Di Legoland Express anda boleh menaiki sebuah keretapi yang dibina dan dibentuk khas menyerupai blok2 lego. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit, memberikan anda preview terbaik ke seluruh Legoland ini. Sambil makan atau minum di atas keretapi, anda boleh mengambil gambar di setiap taman tema di Legoland. Tetapi apa yang kurang di sini ialah, semasa keretapi ini melintas aku tak dengar bunyi siren amaran seperti yang biasa kita dengar ketika keretapi melintas di jalan raya. Dan satu lagi, tiada palang untuk menghalang orang ramai dari terus melintas ketika keretapi ini sedang lalu. Diharapkan pihak Legoland akan memperbaiki kekurangan ini di masa akan datang. Bukan apa, kita sedia maklum bahawa taman ini dibina khas untuk kanak2 bermain. Sedangkan kanak2 kan suka berlari...mana la tau kan...kot2 nanti ada pulak yang terlanggar keretapi...bukan dilanggar keretapi...heh..heh...

..sape nak naik kapal trobang..??!!
  Bersetentang dengan Legoland Express, terdapat sebuah City Stage. Di sini anda bole menyaksikan secara lansung pertunjukan ala2 sarkas seperti memanjat tali menggunakan kaki dan badan sahaja. Di sini pun aku cuma menonton dr luar aje sbb stage dah penuh..lagipun aku tak nak buang masa sbb masa yang diperuntukan tak berapa mencukupi.

  Satu lagi permainan yang juga menarik adalah anda boleh merasa seperti ahli Bomba atau penyelamat di Rescue Academy. Permainan ini memerlukan kerjasama daripada kesemua ahlinya untuk memadamkan api. Anda perlu menolak, menarik dan menuil untuk menggerakkan kereta penyelamat dan seterusnya memadamkan api di bangunan dengan mengepam air. Salah satu permainan yang agak memerlukan banyak tenaga tetapi menyeronokkan..!! Tapi tak ramai yang main permainan nie...tak tau la kenapa...Tapi pada fikiran aku..diorang mungkin xnak cepat penat atau memang tak suka nak keluar tenaga lebih...

..bebaris panjang memenatkan...
  Kemudian, anda juga boleh merasa untuk menaiki kapal terbang di Lego City Airport. Salah satu permainan kapal terbang yang juga menyeronokkan. Permainan ini sesuai untuk kanak2 dan juga orang dewasa. Permainan yang mengambil masa hanya kurang dari 3 minit (jangkaan aku la) memberi peluang kepada pemain untuk mengemudi kapal terbang dengan menuil tombol untuk menyendengkan kapal terbang seolah2 seperti kapal terbang yang bersedia untuk mendarat. Tapi aku x naik ler kapal terbang nie..tengok orang main jer...sbb kurang adventure...(ehemm..!!)

  Perjalanan di teruskan ke salah satu Taman Tema, iaitu Land of Adventure, sebuah taman tema yang berlanskapkan Mesir. Terdapat sebuah bangunan Lost Of Kingdom, dimana anda boleh merasakan pengalaman di Mesir mencari harta karun dengan panahan laser. Untuk bermain di dalam Lost Kingdom Adventure nie...anda mungkin kecewa sedikit disebabkan anda perlu beratur di dalam barisan yang agak panjang dan memenatkan...
..beetle bounce yang melambung kanak2..

  Berjalan ke hadapan sikit, terdapat Pharaoh's Revenge, sebuah permainan kanak2 yang memerlukan tenaga menjadi salah sebuah kaum di Mesir. Permainan ni pun agak kurang yang mencuba. Permainan di dalam sangkar atau kedudukan yang agak sedikit ke dalam, mungkin menjadi punca ia agak kurang terserlah dan tidak kelihatan oleh pengunjung.  Di depan Pharaoh's Revenge, terdapat Beetle Bounce, sebuah permainan kanak2 yang melambung kanak2 setinggi 15 kaki dari tanah. Memang menyeronokkan..!! Ramai jugak kanak2 yang menjerit2 ketika menaiki beetle bounce nie...yer la..gayat agaknya kene lambung2..Untuk bermain permainan nie...setiap kanak2 dikehendaki mengukur ketinggian sebelum memasuki kawasan nie...Masa aku lalu kat sini...nampak la seorang bapa budak lalu kat situ...mungkin teringin nak main agaknya...dia pun nak masuk..tapi kakitangan Legoland tak membenarkan sebab telah melebihi ketinggian...lalu dia pun membongkokkan badan seperti kanak2...tegelak aku dibuatnya...Lepas tu..dengan muka merah dia terus pergi mungkin sebab perasan aku gelakkan dia...lawak betul la...

..cantik betol kaler dinosour nie..comel lak tu...
  Selepas puas berjalan, aku ke permainan bot air di Dino Island. Jika anda ingin bermain permainan ini, pastikan anda memakai baju hujan untuk mengelakkan dari basah. Namun begitu, di Legoland juga disediakan beberapa Dryer untuk anda mengeringkan pakaian yang basah. Permainan ini juga seronok, anda akan menaiki sebuah bot yang bersaiz sederhana dan memanjat ke sebuah gunung berapi dan keluar melaluinya dengan bot yang turun menjunam..!! Pehh..!! Seronok tu..!!
..zirafah gergasi..

  Jika anda membawa anak kecil dan mula merengek keletihan atau kelaparan, anda boleh berhenti berehat di Baby Care. Salah sebuah tempat istirehat bagi ibu2 untuk menyusukan anak dan menukar pakaian mereka yang telah basah dek peluh.

..tinggi gak observation tower nie..
  Bersebelahan dengan Baby Care, terdapat Lego Studios. Di Lego Studios, anda boleh menyaksikan tayangan dengan pandangan 4D yang amat menarik dan menyeronokkan. Anda tau tak apa tu 4D..?? Kalau tau..sila la komen kat bawah tu...Di sini anda boleh la berehat2 sebentar sambil ditiup angin air-cond dengan menonton tayangan untuk melepaskan kepenatan berjalan dan bermain pelbagai mainan. Selepas itu, terdapat Duplo Express, sebuah permainan menguji minda kanak2 dan juga keretapi. Di sini juga aku nampak agak kurang pengunjung. Mungkin juga kedudukan yang agak terselit atau terperosok ke dalam sedikit menyebabkan mata terlepas pandang.
..mercu tanda build and test..

  Anda akan melalui sebuah taman tema Imagination yang menempatkan sebuah pusat untuk menguji minda kanak2 di Build And Test. Di sini, kanak2 boleh membina pelbagai jenis kenderaan menggunakan lego dan mengujinya. Permainan yang membantu kanak2 berfikir secara kreatif...!! Setelah itu, anda juga boleh menyaksikan seluruh pemadangan Legoland dari aras setinggi 50 meter dengan menaiki Observation Tower

  Di Kids Power Tower juga, memberikan peluang kanak2 untuk menyaksikan pemandangan taman. Berbeza dengan Observation Tower, pemandangan adalah bergantung kepada sejauh mana ketinggian anda boleh menarik tali untuk naik ke atas. Jika anda cepat keletihan dan tak berdaya untuk naik lebih tinggi, maka pemandangan anda hanya terbatas di sekitar kawasan berhampiran sahaja. Apa yang dapat aku kaji di sini ialah permainan memberikan satu motivasi diri. Jika kita hendak kan sesuatu yang jauh lebih besar atau tinggi ganjarannya, maka kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Seperti di sini, jika anda ingin melihat pemandangan yang lebih jauh dan luas, maka anda perlu berusaha memerah tenaga untuk naik ke atas setinggi2 nya untuk melihat seluruh pemandangan di sini.

..trek the dragon yang mampu menggugat keutuhan jiwa anda..
 Anda juga boleh merasakan pusingan dengan kelajuan yang menyeronokan dan pastinya memeningkan kepala anda di Merlin's Challenge. Bagi yang tak biasa atau belum mengisi perut, digalakkan mengelakkan permainan ini. Aku pun x main..banyak lagi mende lain yang bole main...

 Acara permainan yang menjadi kemuncak di Kingdom Lego bagi saya ialah The Dragon..!! The Dragon merupakan permainan menaiki roller coaster. Perjalanan perlahan2 melalui City Stage dan seterusnya keluar melalui rel yang dibina dan terus memecut laju secara tiba2 pastinya memeranjatkan anda..!! Dengan ketinggian trek yang agak menyeramkan dan selekoh2 tajam yang agak mengerikan mampu menggugat keutuhan jiwa anda. Anda pasti teruja menaiki roller coaster ini..!! Saya menggalakkan anda mencubanya jika anda ke sana nanti. Di The Dragon terdapat 2 buah roller coaster yang  bergerak secara bergilir2 iaitu sebuah roller coaster akan keluar dan sebuah lagi akan masuk. Namun begitu, disediakan juga Dragon's Apprentice yang saiznya agak lebih kecil dengan kelajuan yang agak sederhana berbanding The Dragon, amat sesuai untuk kanak2 yang berumur dan bersaiz badan yang agak kecil.

  A Forestmen's Hideout memberi peluang anda bermain sembunyi2 dengan binaan pokok2 dan bangunan yang menarik dan cantik. Mempunyai pelbagai peringkat permainan yang disediakan di sini. 
..beberapa rakan sekerja bergambar di Project X..

..tgk muka diorang naik ProjectX..
  Selepas itu, sebuah lagi permainan kereta berlandasan, Project X. Sebuah permainan menaiki kereta robot ala2 transformer inie bergerak setinggi 18 meter dan turun menjunam dengan kelajuan yang agak drastik dan pastinya mampu membuatkan jantung anda berdegup dengan amat kencang sekali..!! Pastinya anda tercungap2 selepas menaiki kereta Project X nie...Kalau x percaya anda lihat gambar rakan saya yang berjaya di shoot nie...

  Keseronokan bermain air sambil merasakan percikan bom air boleh dirasai di Aquazone Wave Racer. Anda akan menaiki sebuah bot yang berpusing sambil diletupkan dengan percikan air.

  Technic Twister pula akan memberi anda peluang untuk berpusing seperti gasing. Permainan pusingan roda membuatkan pemanduan anda menjadi gila2..!!

..miniland dengan binaan yang mengkagumkan..
  Setelah penat bermain pelbagai permainan, anda boleh ke taman tema Miniland, dimana pelbagai binaan bangunan dan kenderaan bandar2 utama di Asia dibina dengan mainan lego. Amat menarik dan menakjubkan binaan2 tersebut. Tetapi ada sedikit kekurangan di situ kerana tiada label atau papan tanda nama bandar2 tersebut. Diharapkan pihak Legoland akan memperbaiki dan meletakan papan tanda nama bagi setiap bandar2 tersebut dimasa akan datang. 

  Apa yang boleh saya dikatakan disini, Legoland merupakan sebuah tempat percutian yang menyeronokkan bagi setiap keluarga dengan menyediakan pelbagai permainan yang menguji  minda anak2. Keseluruhan permainan juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang pastinya menjamin tahap keselamatan anak2 anda. Bagi anda yang ingin merancang untuk ke Legoland, saya mencadangkan anda membuat perancangan rapi dan datang seawal pagi Legoland dibuka. Ini kerana memberikan anda peluang untuk bermain dan bersiar2 di seluruh Legoland bersama keluarga. Selamat bersukaria..!!



  

  

  





No comments:

Post a Comment

http://www.rankhopper.com