Tuesday, January 15, 2013

Sayonara Kobayashi Takahiro

Kobayashi San berucap dalam bahasa Melayu
  Hari nie merupakan hari terakhir untuk Kobayashi Takahiro San selaku HOD bersama2 kami di CIJB. Setelah berkhidmat di CIJB selama beberapa tahun, akhirnya, beliau telah diarahkan untuk pulang ke Osaka, Japan diatas sebab2 tertentu. Ramai pekerja yang terharu dengan pemergian beliau meninggalkan kami di CIJB.

  Sepanjang bekerja di CIJB, aku mengenali beliau sebagai HOD yang bertimbang-rasa dan mempunyai sikap toleransi yang amat tinggi. Beliau tidak pernah memaksa dan meninggi suara ketika berbicara, malah selalu meminta pendapat dari orang bawahan.

  Beliau juga seorang yang rajin bertanya dan boleh berjenaka dan seorang yang prihatin selain dari suka menolong orang lain. Walaupun baru mengenali beliau selama setahun lebih, sepanjang bekerjasama dengan beliau, aku tidak pernah rasa tertekan dengan tugas dan arahan yang diberikan. Malah beliau sendiri sering membantu dan menyokong dalam beberapa tugasan aku.

  Suasana petang tadi menjadi suram ketika beliau hadir di CIJB untuk memberikan ucapan terakhir kepada kami sebelum berangkat pulang ke Jepun. Beliau yang hadir bersama isteri memakai kemeja putih dan berseluar kasual hitam nampak terharu untuk meninggalkan kami semua.

  Suasana sedih bertukar gembira apabila beliau memberikan ucapan perpisahan di dalam bahasa Melayu, kerana pertuturan beliau yang agak kekok dan masih belum lancar untuk berbahasa Melayu. Aku lihat ramai juga pekerja2 yang sedih dan mula mengalirkan airmata ketika beliau mula berucap.

Geng2 Prod. bersama Kobayashi San
  Selepas memberikan sepatah dua kata ucapan terakhir, beliau menyampaikan cenderahati untuk semua pekerja2 CIJB sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih beliau ke atas kami semua kerana memberikan kerjasama yang baik kepada beliau. Beliau juga tak menang tangan kerana menerima banyak cenderahati dari pekerja2 dan rakan setugas. Ramai pekerja yang mula bergambar kenang2an bersama2 beliau.

  Sekitar jam 6 petang td, aku berjumpa dengan beliau buat kali terakhir dan bersalaman dengannya. Beliau nampak terharu ketika aku menghulurkan tangan untuk berjabat dengan beliau dan mengucapkan selamat jalan kepada beliau. "Sayonara Kobayashi Takahiro..!!"

No comments:

Post a Comment

http://www.rankhopper.com